Sunday, February 27, 2011

Wiki Ubuntu Malaysia

assalamualaikum rakan2 sekalian..

Post kali ni pon berkenaan Ubuntu lagi huhu.. xbis2 lagi.. haha

Ok kali nak bagi tau hangpa semua ada Wiki Ubuntu (hal2 pasal ubuntu la) dalam Bahasa melayu. Kira Wiki Ubuntu ni dibuat untuk memudahkan rakyat malaysia yang fasih dan tau baca tulisan bahasa melayu hehe. Tu dia sampai tahap ni depa ni buat nak memperkenalkan Ubuntu kat kita@malaysia. Semangat tol depa ni

Terima kasih la kt hangpa semua rajin betoi buat Wiki Ubuntu dalam Bahasa Melayu nih..

Pakat2 masuk sini : http://wiki.ubuntu.com.my/

Wednesday, February 23, 2011

Linux, Windows, Mac OSX

Bila tiba waktu nak update... huhu

Monday, February 21, 2011

Ubuntu Ultimate edition

semekum semua...

nak kongsi sikit pasal tajuk kat tas ni Ubuntu Ultimate edition.. pe ke benda la ubuntu ni kan??ok2 Ubuntu ni dalah sistem operasi sama gak macam windows micro$oft 98, Me, 2000, XP, Vista, win7 yang hangpa semua dok pakai 2. kt malaysia rata2 dah dok biasa menggunakan micro$oft ni. ubuntu ni orang jarang pakai sebb disuap ngn micro$oft ja huhu.. pa beza ubuntu ngn micro$oft, ubuntu ni dia free@percuma hangpa pakai xyah bayaq lesen pon pakai ja, xpi micro$oft nk pakai hangpa kena bayaq lesen dia xp da gak pakai pirate of cariben haha.. halal n haram tu hangpa ngn tuhan..

ni nak cita pasal ubuntu ni..

-ubuntu ni direka, dicipta oleh para2 programmer serata dunia bagi membolehkan kita menggunakan sistem operasi dengan percuma xyah lagi dok pakai micro$oft yg semestinya kena bayaq. dari segi perbezaan ubuntu ngn micro$oft xmanyak beza sangat pon xp da la perbezaan sikit nk bg beza ubuntu ngn micro$oft.
-kalau dok guna micro$oft word 2 dalam ubuntu da open source software(oss)(ni percuma gak) rupa dia lebey kurang sama dan function dia lebey kurang sama silap2 advance lagi.. huhu..
-dari segi virus,malware,trojan n seangkatan dengannya xdak n xpayah la susah2 nk beli antivirus mahal2 kt pasaran 2.. p mai p mai kena gak virus, pakai ubuntu ni xpayah semua 2. haha..
- lagi apa arr.. rasa ubuntu ni lagi ringan dr win7 load dia pon xmanyak...
-apa2 pon pakai ubuntu ultimate edition ni mmg best laa...
-jutaan terima kasih kepada komuniti2 membawa kepada open source software..
-mengapa kita perlu bayar sesungguhnya ada yg percuma

Ubuntu Ultimate ni.. kira kita install ubuntu ngn software2 sekali xyah la kita nk penin pala nk intall software lak...

leh la refer kt sini : http://melayubuntu.blogspot.com
facebook : http://www.facebook.com/#!/melayubuntu
nak download : http://ultimateedition.info/

Wednesday, February 2, 2011

Pepijat : 900 juta pengguna Internet Explorer terjejas

WASHINGTON 1 Feb. - Microsoft mengeluarkan amaran keselamatan 'kritikal' yang menjejaskan 900 juta pengguna yang melayari Internet menggunakan pelayar webnya, Internet Explorer.

Amaran itu dikeluarkan syarikat komputer gergasi berkenaan selepas ia menemui kecacatan baru pada Windows yang membolehkan penggodam mencuri butiran peribadi atau mengambil alih pengendalian komputer.

Gangguan pada sistem pengatur cara itu sangat serius dan berpotensi menjejaskan setiap pengguna Internet Explorer.

Firefox, Google Chrome dan Safari tidak terjejas dengan ancaman itu kerana tidak seperti Internet Explorer, pelayar itu tidak menyokong fail-fail MHTML yang menjadi punca masalah tersebut.

Kelemahan itu nampaknya hanya menjejaskan cara Internet Explorer mengendalikan beberapa laman web.

Microsoft berkata, pepijat tersebut berada di dalam Windows kerana ia kemungkinan tidak mahu pengguna beralih kepada pelayar lain.

Ini bermakna ia menjejaskan semua versi sistem operasi yang disokong pada masa ini termasuk Windows XP (SP3), Windows Vista, Windows 7, Windows Server 2003 dan Windows Server 2008 (R2).

Syarikat itu setakat ini tidak dapat menghapuskan pepijat itu dan telah mengeluarkan kod keselamatan 'memperbaiki' untuk menghalang sebarang percubaan untuk menggunakannya.

Semua pengguna Windows, terutamanya yang menggunakan Internet Explorer digesa memuat turun kod perintah itu kerana pasukan keselamatan syarikat itu sedang berusaha menangani masalah tersebut buat secara kekal.

Syarikat itu juga menyifatkan kecacatan itu sebagai satu ancaman yang serius, walaupun tiada penggodam setakat ini yang mengeksploitasi kelemahan tersebut. - AGENSI

credit : utusan.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...