Monday, May 18, 2009

ECHOLINK

ECHOLINK
Apa itu Echolink? Echolink sejenis program yang membenarkan pengendali radio amatur berlesen serata dunia untuk berkomunikasi melalui internet atau Voip (voice melalui ip (internet protokol) ). Program echolink ini membenarkan pengendali radio amatur yang berlesen serata dunia untuk berhubung sesama pengendali radio melalui komputer. Sekarang terdapat hampir 200 000 pengendali radio dari 162 negara yang telah disahkan untuk mempergunakan echolink. Hampir 4000 pengendali online setiap masa.

Dengan menggunakan echolink seseorang pengendali di malaysia dapat berkomunikasi dengan pengendali radio amatur yang lain di luar negara ataupun dalam negara tanpa perlu memiliki radas amatur yang mahal harganya dan hanya apa perlu sebuah komputer dan sambungan internet.
contoh cara echolink berkerja




contoh program echolink

kepada rakan2 hams yang berminat boleh la dapat tunjuk ajar dari rakan2 hams yang lain tau layari website echolink di http://www.echolink.org/


Monday, May 11, 2009

Gambar Sekitar Bengkel Antenna

Gambar Sekitar Bangkel Antenna

Hampir 30 rakan hams sekitar kawasan kepala batas hadir untuk menjayakan Bangkel Antenna


sticker hams radio kepala batas (lawa oo..)


tune jangan x tune..


j-pole


9w2azu tgh mgajar cara nk tune s.w.r





9M2SO turut sama membantu menjayakan bangkel antenna







Pemeriksaan Kesihatan turut diadakan sekali


check darah


check tekanan darah



Akhir sekali semua peserta bangkel mendapat sorang satu antenna j-pole hasil tangan masing2.
Kepuasan tepancar di raut wajah masing2 ilmu yang dapat dan hasil tangan masing2.

Terima Kasih diucapkan kepada :
9M2SO
9W2MSO
9W2AZU
9W2LHK
SWAL HCR
9W2OKY
9W2EMM
9W2ADM
9W2BCL

kerana menyumbangkan kepakaran masing2, coax, swr meter, alatan membuat antenna, radio, tempat, makanan, sticker, alat check darah dan tekanan darah, masa dan tenaga demi untuk menjayakan bangkel antenna anjuran komuniti hams radio kepala batas.

JUMPA LAGI DI AKTIVITI SETERUSNYA

73 DE' KOMUNITI HAMS RADIO KEPALA BATAS

Wednesday, May 6, 2009

Kedai Radio Kat Singapore

Ni dia kedai Radio Kat Singapore

Macam-macam ada..


ni alamat dia :

1 Rochor Canal Road
#04-08 Sim Lim Square
Singapore
188504

website dia : http://www.r-onetrading.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...