Thursday, November 12, 2015

KEPALA BATAS RADIO AMATEUR CLUB(KBRAC)


KEPALA BATAS RADIO AMATEUR CLUB(KBRAC) FIELD DAY 2015

Pada 9 dan 10 November 2015, rakan-rakan KBRAC telah seramai 8 orang telah mengadakan aktiviti Field day bertempat di Puncak Titiwangsa, Gerik, Perak.  Team kami telah bertolak dari Kepala Batas dengan 4 buah kereta pada pukul 4.00 petang menuju ke lokasi. Akhirnya pada pukul 8.30 malam kami telah tiba di lokasi.  Mula mendirikan khemah untuk DX dan pemasangan antena yagi, dipole dan vertical antena.  Menjelang pukul 11.00 aktiviti DX pun bermula dengan lancar.  Propagasi tidak begitu baik, namun dapat juga QSO dengan stations luar.  Cuaca agak kurang baik, Pada pukul 1.00 pagi hujan turun dengan lebatnya dan aktiviti DX terpaksa dihentikan. Keadaan lembap dan dingin, sejuk betul.  
    Keesokannya pada pukul 8.00 pagi team KBRAC berkemas dan pada pukul 9.00 pagi bertolak balik ke Kepala Batas.  Walaupun tidak dapat DX dengan lancar tetapi semua ahli gembira dengan
pengalaman field day kali ini

































Friday, August 7, 2015

Jemputan Jamuan Raya

Tuan puan di jemput ke jamuan raya rakan hams kepala batas pada

Tarikh    :09 ogos 2015
Waktu    : 11.00 Pagi - 3.00 Petang
Tempat   : Dewan Bakar Kapor Penaga.
Calling Frenquency : 145.400mhz
Koordinat : 5°32'15.1"N 100°22'45.8"E


Di jemput rakan-rakan ham untuk memeriahkan jamuan hari raya ini.

Sunday, July 19, 2015

Luahan Hati Anak Muda


Di bawah adalah pautan video luahan hati Cik Zahra, seorang graduan yang diberi kesempatan untuk berucap di hadapan Timbalan Perdana Menteri pada satu majlis laporan sosio ekonomi Melayu anjuran kami baru-baru ini. Ucapan Zahra ini telah memberi kesan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri dan kami di sini ingin kongsikan video ini kepada orang ramai agar ia memberi kesedaran dan tindakan yang sewajarnya kepada diri kita. Diharap dengan sokongan semua pihak, mesej ini dapat disalurkan kepada orang ramai. #‎SayaZahra

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...