Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Guru 2013


Pada 16 Mei 2013 di Malaysia setiap tahun kita akan menyambut hari guru, sebagai perhargaan untuk para guru. Jasa pergorbanan yang mereka curahkan demi mendidik anak bangsa tidak dapat kita lupakan. Kita pasti akan teringat akan jasa guru kita iaitu golongan yang memikul amanah mendidik anak bangsa. Apa yang pasti kenangan kita pahit, manis, dan macam-macam lagi bersama guru yang mendidik kita pasti tidak dapat dilupakan. Bagi menghargai guru selalunya anak murid akan memberi hadiah kepada guru mereka.

SELAMAT HARI GURU
DARI KAMI
KOMUNITI RADIO AMATUR KEPALA BATAS


Sajak Guru oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

TEMA HARI GURU 2013


LAGU TERIMA KASIH CIKGU




INFO
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...