Tanggal 1 Oktober 2010 bermula jam 5.00 hingga 6.30 bertempat di Villa 400 9W2WWS telah diadakan kursus penerbangan kapalterbang ringan (remote control) anjuran Rakan Ham Kepala Batas. Seramai 15 orang rakan ham Kepala Batas yang berminat dengan hobi ini telah menyertai kursus ini. Kursus dijalankan oleh jurulatih penerbangan yang berpengalaman iaitu 9M2ZM (Pak Zul)yang mempunyai pengalaman penerbangan lebih dari 1000 jam.
Kursus dimulakan dengan sesi penerangan berkaitan tenikal kapalterbang, cara pengendalian dan pembelian pesawat baru. Selepas itu para peserta disajikan dengan aksi praktikal yang begitu menarik dengan aksi akrobatik, berpusing-pusing yang ditunjukkan oleh Pak Zul. Semua peserta begitu teruja dengan kehandalan Pak Zul mengawal jet pejuangnya.
Namun malang tidak berbau, akibat masalah teknikal pesawat hilang kawalan akibat kerosakan radio kawalan, lantas jatuh terhempas ke dalam sawah padi. Pilot terselamat kerana pilot dok di darat, kapalterbang di awan.
Di Akhir kursus semua peserta di anugerahi sayap penerbangan kapalterbang kawalan jauh.