Friday, January 14, 2011

MENCEBURI 10METERS(HF)


Selamat Tahun Baru 2011. Tahun baru, azam baru dan moga kita mendapat sesuatu yang baru. Saya ingin mengajak semua rakan rakan ham (9w2) terutamanya rakan ham Kepala Batas yang MINAT dan BERKEMAMPUAN untuk menceburi bidang 10meter ni. Setelah lama main VHF dan UHF, mai kita main HF lak. Kita dapat contact rakan ham seluruh Malaysia dan juga luar negara.
Kita faham bahawa set HF ini mahal sikit lebih kurang RM3000, namun jika difikirkan dulu pun kita kata mobile set VHF pun mahal, hampir RM1000, tapi kita beli juga. Kata orang tua-tua, "nak seribu daya".
Satu lagi masalah ialah ramai rakan-rakan kita kata tak pandai bahasa orang puteh. Sebenarnya bukan semua rakan ham luar negeri pun pandai bahasa Inggeris, Depa pun macam kita juga, ada yang pandai, ada reti sikit-sikit, broken dan ada yang hafal atau pun tulis apa yang nak diperkatakan masa QSO. Yang penting CQDX, Your signal report 5.5., 5,9, Thank you, 7,3. bye. Itu aja, kecuali kalau kita pandai cakap, sembang la, tapi banyak station luar pun macam kita, depa nak seberapa ramai station yang boleh, jadi depa pun tak cakap panjang punya. Cuma kita kena belajar sikitlah tentang prosedur dan cara nak QSO di 10m. Monitor dulu, dengar cara QSO, lama lama kita akan mahir macam mula di VHF lah. Jangan takut mencuba.
Saya pun baru aktif dalam 10m ni.memang gila lah, seronok dapat contact, negara Arab, Brazil, Afrika, England, Jerman, Jepun, Australia dan lain-lain lagi. Kalau tak caya tanya 9w2PPG, 9w2CIQ,9w2ZBI, depa dah cuba. Best gile lah. Jadi pakat pakat himpun duit kita beli HF, antena murah je RM50. Joom kita try 10m tahun 2011 ni...........................

2 comments:

9 Whiskey 2 NMX said...

pakai antena jenis aper tu bang?

AM said...

antenna suar dalam(delta loop)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...