Saturday, December 1, 2012

National Field Day 2012

Gambar sempena National Field Day 2012




















National Field Day 2012

Bergambar kenangan semasa National Field Day 2012
Emergency Disaster Communication Trial.

Barisan hadapan tengah diketuai oleh 9M2 MSO,9M2 SO,9W2 BY.Barisan Belakang dari kiri 9M2 ZM,9W2 BFA,SWAL TLN,9W2 EMM dan 9W2 SPU.

Thursday, November 29, 2012

NATIONAL FIELD DAY 2012

  
Komuniti Hams Radio Kepala Batas akan menyertai National Field Day 2012 yang akan berlangsung  selama 24 Jam. Program ini adalah untuk mengadakan satu latihan komunikasi ketika bencana alam(emergency disaster comunication trial). Kepada rakan-rakan radio amatur sekitar kepala batas yang ingin turut serta dalam National Field Day 2012 boleh datang ke tempat lokasi.

Acara akan berlangsung selama 24 Jam
Pada 1 dan 2 Disember 2012 (sabtu dan ahad)
Bermula pada Jam 7.30pagi (sabtu) hingga 7.30Pagi (ahad)
Lokasi di tepi Bendang Permatang Langsat, Kepala Batas berdekatan dengan Base 9W2SPU (Brother Jan)

Kepada rakan-rakan yang berkelapangan dan ingin merasai pengalaman komunikasi ketika bencana boleh hadirkan diri anda ditempat lokasi. Untuk maklumat lanjut rajin-rajin memantau di 145.400Mhz.

info-9M2MSO

Wednesday, September 5, 2012

144Mhz FM Transceiver

Salam rakan-rakan semua..

Pada hari minggu yg lepas. ada 2 orang rakan meminta untuk membeli 2 ketul set mobile. barang yang dicari ialah Kenwood TM-281a dan Yeasu FT1900r. Setelah mencari-cari keputusan diambil untuk membuat pembelian secara online dan 2 ketul set mobile telah sampai dengan selamat..





Ladang Solar Perlis

Salam rakan-rakan semua..

Semasa bulan puasa baru-baru ini berkesempatan berkunjung ke Perlis Indra Kayangan..
Semasa pusing-pusing perlis terjumpa satu tempat yang menarik perhatian saya iaitu saya namakan ia Ladang Solar Perlis "kenapa Ladang?? tengok la gambar nanti hehehe.". kira inilah kali pertama tengok kat Malaysia set panel solar paling banyak dipasang, tak tau la kat tempat lain.  Dari risikan dari orang perlis tempat asal tempat dibinanya Ladang Solar ini adalah tempat buangan sampah dan ia ditebus guna untuk Projek Solar Perlis.. takdak gambar tak syok gak.. mai layan gambar-gambar yang sempat di snap dari kamera hp buruk..

-klik kat gambar kalau nk besarkan-






Yang ini pula Kincir Angin dekat Jety Ferry Kuala Perlis

Kat Perlis ada :

Ladang Tebu
Ladang Buah Pelam Harum Manis
Ladang Anggur
Ladang Solar (terbaru) hihi
Padang Besar

Monday, September 3, 2012

EYEBALL RAYA 2012

Salam Syawal dan Selamat Hari Raya.

Kami dengan ini sukacita dan berbesar hati menjemput rakan-rakan radio amatur ke :


EYEBALL RAYA KOMUNITI HAMS RADIO KEPALA BATAS
08-September-2012
 Jam 8.30 Malam
Dewan Bakar Kapor, Penaga, Kepala Batas.
 (berdekatan dengan base 9M2MSO)
SIMPLEX : 145.400Mhz (V32)

Diharap rakan-rakan dapat hadir bagi memeriahkan lagi Majlis.


p/s: Kpd rakan2 yg ada lebihan kuih raya@makanan boleh dibawa ke eyeball raya ini. 

Wednesday, August 22, 2012

Raya di Rumah 9M2MSO


Raya Bersama Hams Radio Team Kepala Batas di base Station 9M2 MSO

Gambar dari : 9W2SPU



















Friday, August 10, 2012

Iklan Raya - 2012


Iklan Dari Petronas 


Erman, a PETRONAS engineer stationed in Central Asia, struggles to adjust to life away from home, when his path crosses that of a local boy, Jeyhun.
While Erman and Jeyhun start out as strangers, every step brings them closer to realising their true potential, to reimagining their energy and making a difference to those around them. Its a story of one man's journey of self-discovery and exploration towards the meaning of life

While past PETRONAS TVCs have always celebrated stories from within Malaysia, this year, it tells a bigger story -- of the role that PETRONAS plays in its countries of operations.

Iklan Dari Bernas

An endearing story about two special children who overcome all odds. Ahmad and Fizi are two orphans who embark on a journey on the eve of Hari Raya. Faced with many challenges, their determination and perseverance allows them to fulfill their obligation of unconditional love.

Doa & Taubat Dr. Asri

 Video Doa & Taubat dari Dr. Asri.

Thursday, August 2, 2012

Lagu Raya

KOLEKSI TERBAIK 16 LAGU HARI RAYA 

Black Dog Bone - Cahaya Aidil Fitri [3:44]
Sharifah Aini - Suasana Hari Raya [2:26]
Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti [3:47]
Saloma - Selamat Hari Raya [2:38]
Hail Amir & Uji Rashid - Seloka Hari Raya [2:59]
Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf [3:47]
Ahmad Jais - Selamat Hari Raya [2:35]
Junainah - Suasana Riang Di Hari Raya [3:15]
Sanisah Huri - Aidil Fitri [3:42]
Noorkumalasari - Pulang Di Hari Raya [3:05]
DJ Dave - Menjelang Hari Raya [3:25]
Fazidah Joned - Selamat Hari Raya [2:37]
Rosemaria - Di Pagi Aidil Fitri [3:43]
P Ramlee - Dendang Perantau [2:44]
Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang [3:33]
Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema [2:41]

>>>>>>>>>>>>>>>>> DOWNLOAD HERE <<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Friday, April 20, 2012

Notis RAE 2012-1


Tarikh Peperiksaan : 27 Jun 2012
Masa                      : 2.00 Petang

Tarikh Tutup Pemohonan : 11 MEI 2012
Masa                               : 5.00 Petang






BORANG PEMOHONAN


sumber :
https://sems.skmm.gov.my/
http://skmm.gov.my/attachment/pdf/RAE_2012_1.pdf
http://www.skmm.gov.my/attachment/pdf/Borang_Permohonan_RAE_Generic.pdf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...