Sunday, December 18, 2011

Rotator antenna


Tuesday, December 6, 2011

LIMA 2011 LANGKAWI


LANGKAWI, 5 Dis - Pameran pertahanan perdana Malaysia, Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA '11) siap sedia untuk membuka tirai pada Selasa, bagi menarik minat peserta dari serata dunia.

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H


Salam Maal Hijrah 1433H bagi semua umat Islam. Semoga tahun baru ini membawa berkat dah rahmat berterusan kepada kita semua yang beragama Islam. 

Wednesday, November 9, 2011

DreamBox-KotakImpian


Salam rakan2 sekalian..

Kepada yang kenai alat mainan ni..
Ni hanya untuk berkongsi gambar.. bagi yg xpernah tengok bahagian dalam DreamBox-KotakImpian

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pengunjung kepalabatasradio.blogspot.com yang beragama islam.

Ni ada satu hadis untuk berkongsi bersama.

Monday, October 31, 2011

SKMM (amatur)

salam. semua..

skmm sudah memudahkan rakan2 nk submit utk rae ataupun nk bayar lesen amatur..

Saturday, October 8, 2011

RAE SIRI KEDUA 2011




PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI KEDUA TAHUN 2011

Telah dibuka untuk pemohonan

Tarikh tutup pemohonan : 28 OKTOBER 2011

Tarikh peperiksaan diadakan : 15 DISEMBER 2011 

Monday, October 3, 2011

Review

assalamualaikum...

takdak pa sebenaqnya nk bg tau.. just nk review yg lepas2 ja...

pada 18 september aritu komuniti kepala batas ada buat eyeball raya.. alhamdulilah majlis

berjalan dengan lancar dan ramai rakan2 yang turun.. yang lama atau pon yg baru dpt la bersua

dan berkongsi ilmu tentang hobi radio amatur ini.

Monday, September 12, 2011

JEMPUTAN EYEBALL RAYA 2011



Salam Syawal dan Selamat Hari Raya.

Kami dengan ini berbesar hati dan sukacita menjemput rakan-rakan radio amatur ke :


Sunday, July 31, 2011

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan

Assalamualaikum rakan2 semua....

alhamdulilah ramadhan pon dah dekat...

Kami di Komuniti Hams Kepala Batas Radio Kepala Batas
Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Murbarak


Monday, July 11, 2011

WiFi Crack

Hanya Untuk Tujuan Pembelajaran Sahaja K!!.....

Kira Cara Paling Mudah Nak Crack Wifi yang pakai WEP (Wired Equivalent Privacy)

Pakai OS Ubuntu.. Saksikan Lahh....





credit : RileksCrew

Sunday, July 3, 2011

CDMA450mhz CDMA-EVDO

salam semua...
buhsan xtau nk wat pa... saja nk tulis pasai benda ni iaitu CDMA450...
CDMA450??? Apakah itu?

CDMA450mhz tau dkenali code division multiple access merupakan satu teknologi radio komunikasi yang menggunakan frekuensi 450mhz. Terdapat juga cdma0ne cdma2000 kira CDMA450 adalah dari virasi cdmaone n cdma2000 la. Dimana CDMA450 dapat memberi layanan suara dan data pada jarak dlm jangkauan yang amat luas(bole tahan gak jauh dia).

Di Malaysia teknologi sudah pon ada tapi tak dikomersialkan lagi.. still underground testing kot haha.. Syarikat mana yang melopori teknologi CDMA450 tentulah bapak segala operator di malaysia tak len tak bukan Telekom Malaysia lah..
Kira CDMA450 amat diminati di negara2 yg luas kawasannya. setup satu tower cdma450 dapat memberi layanan suara n data(ternet) pada jarak sehingga 50 km.. so operator tepon kt malaysia xyah nk buat banyak tower la... (kalau TM berjaya la boleh bungkus operator lean kt malaysia huhu)

yg bawah spectrum frekuensi yg telah digazet kt TM oleh SKMM
klik kt gmbar utk besarkan


ni la rupa tepon cdma yg TM punya leh wat call nk surf ternet sekali...

hari 2 dapat test tepon ni milik sorang staff telekom.. mmg best rm38 sebulan kot xsalah call antara cdma n Tm Fixed free n satu lagi leh main ternet free huhu... call ker operator lain kena caj..

Pastu kuar lak teknologi CDMA-EVDO menggunakan frekuensi 450mhz..

CDMA-EVDO ni memberi layanan internet mencapai 2.4Mbps tau lebih kalau xsalah.. Sekarang TM da lunch CDMA-EVDO ni under streamyx... xsalah area belah2 kelantan banyak pakai Streamyx-Evdo ni sbb pasang kabel asyik kena curi ja... huhu.. kira Broadband Streamyx Wireless la ni..

pastu tnya pakcik google area kepala batas ada x.. dia cakap tower cdma-evdo ni tower dia kt tasek gelugur... huhu...

sekian saja..

entry dari sorang bloger pasal cdma : >>kliksini<<

sharing is caring


Wednesday, June 15, 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN RAE

SEMOGA BERJAYA KEPADA RAKAN SWAL..,DOA DARI KAMI KOMUNITI HAM KEPALA BATAS. 88 N 73!

Wednesday, May 25, 2011

Astra Pulau Pinang

Kami di Komuniti Kepala Batas Mengucapkan Tahniah Pada Lantikan Barisan Baru Astra Pulau Pinang.

Saturday, April 16, 2011

AGM ASTRA KALI KE-14

Jawatankuasa Astra bagi sesi 2011/2013

PRESIDEN : 9W2DBT
N.PRESIDEN 1 : 9W2OOL
N.PRESIDEN 2 : 9W2DMG
SETIAUSAHA : 9W2BPT
N.SETIAUSAHA : 9W2HLM
BENDAHARI : 9W2MSD
AJK 1: 9W2KRE
AJK 2: 9W2IBS
AJK 3: 9W2PKK
AJK 4: 9W2KKK
AJK 5: 9M2SO
JURUAUDIT 1: 9W2SHS
JURUAUDIT 2: 9W2DHL

Tahniah kepada semua yang telah dilantik untuk kali ini.
Terima Kasih kepada semua rakan radio amatur perlis yang telah dilantik menjadi tuan rumah buat kali ini.

info : dimana kali ini jawatankuasa astra bagi sesi 2011/2013 berkuasa selama 2 tahun dan AGM seperti biasa iaitu setiap tahun.

73'

Friday, April 8, 2011

Peperiksaan Radio Amatur Siri Pertama Tahun 2011

RAE 2011-1
Tarikh Peperiksaan : 15 Jun 2011 jam : 2.00 petang
Tarikh Tutup Pemohonan : 29 April 2011 jam : 5.00 petang
Untuk memuat turun borang permohonan, sila klik di sini

Friday, April 1, 2011

PERHATIAN!! KERETA HILANG!!

POHON PEMANTAUAN DAN HEBAHAN KEPADA RAKAN-RAKAN SEKALIAN.
KERETA PROTON WIRA HITAM METALIK NO PENDAFTARAN PFL 9833 KEPUNYAAN 9W2LHK PAKLAN TELAH HILANG KOTA BHARU KELANTAN. HARAP RAKAN-RAKAN YANG MENJUMPAI ATAU TERLIHAT KERETA BERKENAAN BOLEH MENHUBUNGI 9W2LHK-PAKLAN DI TALIAN 0195449766

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ucapan Jutaan Terima Kasih dari 9W2LHK dan rakan2 Hams Kepala Batas atas bantuan yang disalurkan kepada 9W2LHK-PakLan. Jasa dan pergorbanan anda semua amat kami hargai.. terutama :

9W2DJM-PAK DIN JAGUT MERAH
9W2SYF-PAK SABRI
9W2YKB-PAK SOB
Semua Rakan2 Radio Amatur Kelantan dan juga KELAB.

73'

Wednesday, March 30, 2011

Astra Kali ke-14


~Perubahan Tempat AGM~

Tempat Baru : Hotel Putra Place Kangar, Perlis.
Masa dan Tarrikh tidak berubah.

Thursday, March 24, 2011

Active Filter part 1

Post kali ni saja nk citer pasal tajuk kat atas. rasa da kena kot ngan amatur nih.. hihi


Introduction

Filters are circuits that are capable of passing signals within a band of frequencies while rejecting or blocking signals of frequencies outside this band. This property of filters is also called “frequency selectivity”.

Filter can be passive or active filter.

Passive filters: The circuits built using RC, RL, or RLC circuits.

Active filters : The circuits that employ one or more op-amps in the design an addition to resistors and capacitors

Advantages of Active Filters over Passive Filters

-Active filters can be designed to provide required gain, and hence no attenuation as in the case of passive filters
-No loading problem, because of high input resistance and low output resistance of op-amp.
-Active Filters are cost effective as a wide variety of economical op-amps are available.

Applications

-Active filters are mainly used in communication and signal processing circuits.
-They are also employed in a wide range of applications such as entertainment, medical electronics, etc.

Active Filters

There are 4 basic categories of active filters:
1. Low-pass filters
2. High-pass filters
3. Band-pass filters
4. Band-reject filters

Each of these filters can be built by using op-amp as the active element combined with RC, RL or RLC circuit as the passive elements.

Rasa cukup kot sampai kt sini.. nnti kita sambung lagi.... k.
entry akan datang akan bercerita tentang 4 basic categories of active filter..

Friday, March 18, 2011

Lego FT8900R dan Handy GP338

Assalamulaikum rakan2 sekalin..

Ada sorang rakan hams nk lego radio iaitu

YEASU FT8900R DAN GP338
DUA BARANG SEKALI
RM1500

Boleh Hubungi 9W2LHK-Pak Lan di talian 0195449766
Sapa cepat dia dapat.. okey...

73

Saturday, March 12, 2011

Upgrade boyfriend 5.0 to husband 1.0 - pentium8 version

Dear IT Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow down in the
overall performance, particularly in the flower and jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0.

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable programs such as EPL 5.0, NBA 3.0 and ESPN 2.0. And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these
problems, but to no avail.

What can I do?


Signed,
Desperate

-------------------------------------------------------------------------

Reply:

Dear Desperate,

First keep in mind; Boyfriend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an
operating system. Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download Tears 6.2 to install Guilt 3.0.

If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5.

But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1. Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly.wav files.

Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another Boyfriend program. These are not supported applications and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited memory and cannot learn new applications quickly. You might consider additional software to improve memory and performance. I personally recommend Hot Food 3.0 and Lingerie 6.9.


Good Luck,
IT Support

Hikayat Merong Mahawangsa

Cerita yang boleh ditonton seisi keluarga, melibatkan sejarah iaitu pembukaan langkasuka iaitu kerajaan kedah. Penuh dengan aksi melibatkan Rom, China dan Garuda...
ayat-ayat penuh maksud tersirat haha...

Audio yang baik.

Apa2 pun best la..

Cerita ini mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain. ada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan.Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Selepas itu aksi menuntu maruah bermula... hihi

Thanks KRU STUDIOS

comment pasal cite ni

Mangga Online
Utusan Online
Sinar Harian

Thursday, March 3, 2011

MFJ-269 - ANTENNA ANALYZER

Hari ini kita akan berkenalan dengan MFJ-269. :) kembar dia xsalah la MFJ-269Pro.
Kira adik-beradik dia MFJ-249B, MFJ-259B, MFJ-229, MFJ-269Pro dan lain-lain.

Kita kenal dulu apa yang ada dalam MFJ-269 ini.

Frequency Coverage 1.8-170, 415-450MHz HF,VFH,UHF
* Frequency Counter
* LCD readout
* SWR & impedance or SWR Bargraph
* Coaxial loss meter
* VSWR Meter
* Signal Generator
* Connectors: N-socket ( Ant) , BNC ( Counter)
* Supply: AA Cells or ext. 12V DC
* Accessories: N-type to SO-239 adaptor

Tudia banyak tol function MFJ-269. hihi.
Kira benda ini senang la nak buat keja-keja ini : test, adjust or measure

Apa tuu Test??Adjust??Measure??

Dengan benda alah ni kita boleh Test,Adjust,Measure, Antenna kita (kira antenna buat sendiri @ yang kita pi tunjuk huhu.) seperti SWR, impedance, reactance, resistance, resonant frequency, and bandwidth. Selalunya kita buat antenna kita test SWR ja kali ni kita boleh check semua sekali baru tepat@sempurna antenna kita. :)

Dengan benda ini kita boleh test swr ngn lebih pantas berbanding cara lama pakai radio n swr meter.
Dengan benda ini kita tak payah dah pakai radio terus ja test swr, swr tak cantik kita adjust terus, cara lama kita perlu tx radio pastu amik tgk swr, kalau swr tak cantik kita adjust antenna kita pastu tx guna radio itu pon kita tak tau antenna kita buat tu match kat frequency berapa. Ada benda alah ni dia siap bagi tau swr, frenquency yang match kat antenna kita buat. Senang la kerja nak tunning antenna. huhu. Yang buat yagi tuu nak tunning gama match ka t-match ka memang senang abis la.. hehe. (tambah2 kat hf)
Kira sapa nak buat balun, lc-ciruit, capacitor match dan sewaktu kawasan dengannya senang la.
Kira kita boleh buat ramuan antenna kita sendiri berdasarkan prinsip2 antenna. yeaahh.. malaysia boleh!!!

Pastu ada frenquecy counter. Kira frequency counter ni dia akan baca output frequency yang kuar dari radio kita. kadang2 kita tak tau betoi ka kt lcd radio tulis frequency 145.400mhz dan output pon serupa. pakai frequency counter ni kita boleh tau la betoi or x, kalau x tu radio anda da sakit la.. haha.. pastu bagi model radio yang takdak display boleh la tau radio tu duk kat frequency mana hf,vhf,uhf ka.... senang kan.. haha

Coax loss ada gak function dalam ni. sebenarnya lagi panjang wayar antenna kita lagi banyak loss. dengan benda alah ni kita leh check la berapa kita loss ngan itu kita leh tau la wayar@cable antenna yang layak kita pakai panjang dia dan power tx yang nak dipakai.

Display dia pakai LCD senang la nk baca apa dia tulis, nak baca guna jarum 2 susah la sikit nak terjemah apa dia tunjuk 2.. hahaha....

huhu.. banyak sungguh pergunaanya. kira guna benda alah ni kita lebih faham, faham apabila anda berkesempatan menggunakannya.. bila nak tune gama match, balun, nk potong antenna nak bagi cun dan sewaktu dengannya.. dengan erti kata lain "memudahkan" sahaja.

harga dia??? cek pon tak tau la. p la check kt pakcik google or makcik yahoo.. hihi

Ok cukup la kot... 73

note: benda ini=benda alah=MFJ269

sharing is caring.. hehe

Wednesday, March 2, 2011

TOWER DAN ANTENA YANG HEBAT

Ini baru gila radio namanya. Hebat, hebat. Diambil dari PD1DX dari Netherlands.

Tuesday, March 1, 2011

9W2FLY @ Abang Zul

assalamualaikum... hehe

Ok ni nak promote rakan radio amatur iaitu 9W2FLY.
Sapa xkenai ngn callsign 9W2FLY leh kata terkenal gak la... toi x.
Abang Zul ni ada blog kalau hangpa semua nk tau la...
Menarik gak dan mcm2 info berguna terdapat dalam blog dia..
Gaya penulisan, ulasan dari gambaq yang dipaparkan memang sempoi la.

9W2FLY @ Abang Zul

Blog Abang Zul kita : http://sejenakdiperjalananku.blogspot.com/
Pakat2 kita masuk na....

p/s: abang zul jagan mare ya nk promote ja... hehe

Sunday, February 27, 2011

Wiki Ubuntu Malaysia

assalamualaikum rakan2 sekalian..

Post kali ni pon berkenaan Ubuntu lagi huhu.. xbis2 lagi.. haha

Ok kali nak bagi tau hangpa semua ada Wiki Ubuntu (hal2 pasal ubuntu la) dalam Bahasa melayu. Kira Wiki Ubuntu ni dibuat untuk memudahkan rakyat malaysia yang fasih dan tau baca tulisan bahasa melayu hehe. Tu dia sampai tahap ni depa ni buat nak memperkenalkan Ubuntu kat kita@malaysia. Semangat tol depa ni

Terima kasih la kt hangpa semua rajin betoi buat Wiki Ubuntu dalam Bahasa Melayu nih..

Pakat2 masuk sini : http://wiki.ubuntu.com.my/

Wednesday, February 23, 2011

Linux, Windows, Mac OSX

Bila tiba waktu nak update... huhu

Monday, February 21, 2011

Ubuntu Ultimate edition

semekum semua...

nak kongsi sikit pasal tajuk kat tas ni Ubuntu Ultimate edition.. pe ke benda la ubuntu ni kan??ok2 Ubuntu ni dalah sistem operasi sama gak macam windows micro$oft 98, Me, 2000, XP, Vista, win7 yang hangpa semua dok pakai 2. kt malaysia rata2 dah dok biasa menggunakan micro$oft ni. ubuntu ni orang jarang pakai sebb disuap ngn micro$oft ja huhu.. pa beza ubuntu ngn micro$oft, ubuntu ni dia free@percuma hangpa pakai xyah bayaq lesen pon pakai ja, xpi micro$oft nk pakai hangpa kena bayaq lesen dia xp da gak pakai pirate of cariben haha.. halal n haram tu hangpa ngn tuhan..

ni nak cita pasal ubuntu ni..

-ubuntu ni direka, dicipta oleh para2 programmer serata dunia bagi membolehkan kita menggunakan sistem operasi dengan percuma xyah lagi dok pakai micro$oft yg semestinya kena bayaq. dari segi perbezaan ubuntu ngn micro$oft xmanyak beza sangat pon xp da la perbezaan sikit nk bg beza ubuntu ngn micro$oft.
-kalau dok guna micro$oft word 2 dalam ubuntu da open source software(oss)(ni percuma gak) rupa dia lebey kurang sama dan function dia lebey kurang sama silap2 advance lagi.. huhu..
-dari segi virus,malware,trojan n seangkatan dengannya xdak n xpayah la susah2 nk beli antivirus mahal2 kt pasaran 2.. p mai p mai kena gak virus, pakai ubuntu ni xpayah semua 2. haha..
- lagi apa arr.. rasa ubuntu ni lagi ringan dr win7 load dia pon xmanyak...
-apa2 pon pakai ubuntu ultimate edition ni mmg best laa...
-jutaan terima kasih kepada komuniti2 membawa kepada open source software..
-mengapa kita perlu bayar sesungguhnya ada yg percuma

Ubuntu Ultimate ni.. kira kita install ubuntu ngn software2 sekali xyah la kita nk penin pala nk intall software lak...

leh la refer kt sini : http://melayubuntu.blogspot.com
facebook : http://www.facebook.com/#!/melayubuntu
nak download : http://ultimateedition.info/

Wednesday, February 2, 2011

Pepijat : 900 juta pengguna Internet Explorer terjejas

WASHINGTON 1 Feb. - Microsoft mengeluarkan amaran keselamatan 'kritikal' yang menjejaskan 900 juta pengguna yang melayari Internet menggunakan pelayar webnya, Internet Explorer.

Amaran itu dikeluarkan syarikat komputer gergasi berkenaan selepas ia menemui kecacatan baru pada Windows yang membolehkan penggodam mencuri butiran peribadi atau mengambil alih pengendalian komputer.

Gangguan pada sistem pengatur cara itu sangat serius dan berpotensi menjejaskan setiap pengguna Internet Explorer.

Firefox, Google Chrome dan Safari tidak terjejas dengan ancaman itu kerana tidak seperti Internet Explorer, pelayar itu tidak menyokong fail-fail MHTML yang menjadi punca masalah tersebut.

Kelemahan itu nampaknya hanya menjejaskan cara Internet Explorer mengendalikan beberapa laman web.

Microsoft berkata, pepijat tersebut berada di dalam Windows kerana ia kemungkinan tidak mahu pengguna beralih kepada pelayar lain.

Ini bermakna ia menjejaskan semua versi sistem operasi yang disokong pada masa ini termasuk Windows XP (SP3), Windows Vista, Windows 7, Windows Server 2003 dan Windows Server 2008 (R2).

Syarikat itu setakat ini tidak dapat menghapuskan pepijat itu dan telah mengeluarkan kod keselamatan 'memperbaiki' untuk menghalang sebarang percubaan untuk menggunakannya.

Semua pengguna Windows, terutamanya yang menggunakan Internet Explorer digesa memuat turun kod perintah itu kerana pasukan keselamatan syarikat itu sedang berusaha menangani masalah tersebut buat secara kekal.

Syarikat itu juga menyifatkan kecacatan itu sebagai satu ancaman yang serius, walaupun tiada penggodam setakat ini yang mengeksploitasi kelemahan tersebut. - AGENSI

credit : utusan.com.my

Saturday, January 29, 2011

Turki siar filem serangan komando Israel

ISTANBUL: "Anda tidak patut bunuh warga Turki dengan bebasnya tanpa hukuman" - demikian mesej kepada Israel dalam filem mengenai serangan komando Israel terhadap kapal misi bantuan ke Gaza, tahun lalu yang mula ditayangkan di pawagam negara itu hari ini.

Film bertajuk “Valley of the Wolves: Palestine” yang turut ditayangkan di seluruh Eropah serta lebih 20 negara di Asia Barat - dijangka akan menjadi filem 'blockbuster' di kalangan penonton di Turki dan penduduk Arab.

“Pergi dan tayangkan kepada dunia apakah yang sebenar mengenai negara Israel," kata seorang pegawai Israel, Moshe Ben-Eliezer — yang dilakonkan sebagai watak jahat dalam filem itu apabila dia mengarahkan serangan ke atas kapal Mavi Marmara.
Dalam insiden serangan 31 Mei tahun lalu ke atas kapal Turki itu, sembilan sukarelawan Turki terbunuh sehingga membawa kepada pergeseran hubungan Turki-Israel sehingga hari ini.

Dalam filem itu, aksi pembunuhan di atas kapal Mavi Marmara disiarkan diikuti agen rahsia Turki, Polat Alemdar muncul untuk membawa tugas membunuh Moshe.

Kemudian, Polat yang menjadi hero Turki itu memasuki Israel dan menamatkan misi tembak menembak selama 110 minit yang dilakukan Israel terhadap penduduk tidak berdosa Palestin, termasuk kematian seorang budak lumpuh yang terkena cebisan bangunan selepas rumahnya dimusnahkan.

Seorang wanita cantik Yahudi keturunan Amerika juga terbabit dalam misi Polat itu yang digambarkan menyokong Palestin.
Filem itu menerbitkan kritikan sebelum ia disiarkan lagi dan penerbitnya dituduh cuba memuncakkan lagi ketegangan antara dua negara serta mencetuskan keganasan.

Di Jerman, filem itu dijadual ditayangkan Khamis depan sempena Hari Peringatan Holocaust, awalnya dilarang dan diharamkan untuk penonton bawah 18 tahun.

Pelakon Necati Sasmaz, yang membawa watak Polat Alemdar bagaimanapun berkata: "Kami tidak mempunyai masalah dengan setiap warga negara. Tiada unsur antiSematik di sini (dalam filem itu)." - AFP



credit to : http://www.bharian.com.my/

Google Buka Pejabat Di Malaysia

Setelah sekian lama, akhirnya, kini Google membuka pejabat mereka secara rasminya di Kuala Lumpur. Ianya juga dijangka yang mana penyertaan Google pada industri tempatan mungkin akan menggalakkan perniagaan tempatan untuk menggunaakan platform internet dan memperkembangkan perniagaan mereka diperingkat antarabangsa.


Gambar GASING ada kat perkataan GOOGLE huhu..

refer lean2 : http://www.france24.com/en/20110126-google-opens-malaysia-office

credit to: amanz.my

Friday, January 28, 2011

INFO

Info Untuk Rakan2 Komuniti Hams Radio Kepala Batas

Tuan/Puan

Dijemput Hadir Ke Mesyuarat Tahunan 2011 dan Eyeball
Waktu : 9.30 Malam
Hari : Sabtu
Tarikh : 29 Januari 2011
Tempat : Family Cafe Penaga (tepi sungai)
Contact : 145.400 Mhz

Semoga rakan2 sekalian dapat hadir untuk memeriah lagi Majlis.

Sekian, terima kasih.
73'

Hotel Seri Malaysia Kepala Batas



Hotel Seri Malaysia Kepala Batas Telah Dibuka.

Kepada yang ingin bermalam di Kepala Batas

Boleh la hubungi :

Hotel Seri Malaysi Kepala Batas
No 2,
Jalan Usahawan 5,
Pusat Perniagaan Dato' Kailan,
13200 Kepala Batas.

Tel :04-575 6700
Fax:04-575 0630

Saturday, January 15, 2011

Yagi 10Meter 3 Elements

I studied much about yagis from the internet and asked some experienced person. While I started on air, I decided that one day I will make one for my own. Many people said that yagi is the best beam antenna for VHF or HF. I ever made 3 and 5 elements of VHF yagi.. These are the small and simple yagi. In the internet, we can saw the big HF yagi high up more than 20 meters from the ground stand on the high tower. I have my own 40 feets tower. Today I made my own history, I made my first HF 3 elements yagi. It's very simple and everyone can make if you have tools and time. It's look quiet bad but good enough for the first trial. The yagi matching at 28.500 at 1.1 SWR. Very succesfull, my first yagi. Coming with others bands of yagi.

Sumber Rujukan : http://9w2mso.blogspot.com/p/3-elements-yagi.html

credit to : 9W2MSO

Friday, January 14, 2011

MENCEBURI 10METERS(HF)


Selamat Tahun Baru 2011. Tahun baru, azam baru dan moga kita mendapat sesuatu yang baru. Saya ingin mengajak semua rakan rakan ham (9w2) terutamanya rakan ham Kepala Batas yang MINAT dan BERKEMAMPUAN untuk menceburi bidang 10meter ni. Setelah lama main VHF dan UHF, mai kita main HF lak. Kita dapat contact rakan ham seluruh Malaysia dan juga luar negara.
Kita faham bahawa set HF ini mahal sikit lebih kurang RM3000, namun jika difikirkan dulu pun kita kata mobile set VHF pun mahal, hampir RM1000, tapi kita beli juga. Kata orang tua-tua, "nak seribu daya".
Satu lagi masalah ialah ramai rakan-rakan kita kata tak pandai bahasa orang puteh. Sebenarnya bukan semua rakan ham luar negeri pun pandai bahasa Inggeris, Depa pun macam kita juga, ada yang pandai, ada reti sikit-sikit, broken dan ada yang hafal atau pun tulis apa yang nak diperkatakan masa QSO. Yang penting CQDX, Your signal report 5.5., 5,9, Thank you, 7,3. bye. Itu aja, kecuali kalau kita pandai cakap, sembang la, tapi banyak station luar pun macam kita, depa nak seberapa ramai station yang boleh, jadi depa pun tak cakap panjang punya. Cuma kita kena belajar sikitlah tentang prosedur dan cara nak QSO di 10m. Monitor dulu, dengar cara QSO, lama lama kita akan mahir macam mula di VHF lah. Jangan takut mencuba.
Saya pun baru aktif dalam 10m ni.memang gila lah, seronok dapat contact, negara Arab, Brazil, Afrika, England, Jerman, Jepun, Australia dan lain-lain lagi. Kalau tak caya tanya 9w2PPG, 9w2CIQ,9w2ZBI, depa dah cuba. Best gile lah. Jadi pakat pakat himpun duit kita beli HF, antena murah je RM50. Joom kita try 10m tahun 2011 ni...........................

Saturday, January 1, 2011

HaPpY NeW YeaR 2011..

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011...
Dari Kami Komuniti Hams Radio Kepala Batas..
Semoga Tahun Baru ini Membawa Sinar Baru..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...