Ni disertakan Niat Puasa..(untuk harian) Bismillaahirrohmaanirrohiim, Nawaitu shouma ghodin ‘an adaa-i fardhi syahri romadhoona haadzihis sanati lillaahi ta ‘aala.
maksudnya :
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.
Niat puasa (untuk sebulan)
maksudnya :
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Ni Doa Berbuka Puasa :
maksudnya :
Ya
Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan
rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha
Pengasih dan Penyayang.
Nantikan Kemunculan LORD OF WAR di pawagam yang berhampiran.Haha..
Banyak aksi-aksi yang menarik untuk tatapan anda semua.
Hasil kreativiti dari seorang Pengarah Filem terkemuka.
Dibarisi oleh pelakon-pelakon yang berpengalaman.
Akan berada di pawagam DISEMBER ini..
Pada 16 Mei 2013 di Malaysia setiap tahun kita akan menyambut hari guru, sebagai perhargaan untuk para guru. Jasa pergorbanan yang mereka curahkan demi mendidik anak bangsa tidak dapat kita lupakan. Kita pasti akan teringat akan jasa guru kita iaitu
golongan yang memikul amanah mendidik anak bangsa. Apa yang pasti kenangan kita pahit, manis, dan macam-macam lagi bersama guru yang mendidik kita pasti tidak dapat dilupakan. Bagi menghargai guru selalunya anak murid akan memberi hadiah kepada guru mereka.
SELAMAT HARI GURU
DARI KAMI
KOMUNITI RADIO AMATUR KEPALA BATAS
Sajak Guru oh Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
TEMA HARI GURU 2013
LAGU TERIMA KASIH CIKGU
INFO
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang
sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah
Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan
Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee )
sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai
Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari
itu.
Selamat Hari Ibu 2013 - Hari ini 12-Mei-2013 Rakyat Malaysia Menyambut Hari Ibu. Hari Ibu adalah mengiktiraf peranan seorang Ibu dalam
keluarga, baik kepada suami, ataupun anak-anak. Berbagai acara diadakan untuk menyambut hari Ibu antaranya memberikan hadiah sebagai menghargai jasa dan pergorbanan seorang Ibu, dan hadiah tersebut akan datang dari seorang anak mahupun dari seorang
suami.
Segelintir rakyat Malaysia bertanggapan sekiranya umat Islam menyambut
perayaan Hari Ibu ini, ianya adalah tidak bagus lantaran terdapat
kenyataan aliran pemikir menyatakan bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di
Yunani Purba yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, yakni difahamkan
mereka bawah Cybele adalah ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Namun demikian
terdapat dalil dari segelintir para cendikiawan agama (ulama), ianya
tidaklah salah untuk di raih dengan nawaitu yang betul. Ini kerana masih
ramai yang meraihkannya dengan nawaitu yang murni iaitu hanya ingin
menghibur dan meraikan jasa ibu yang sangat besar terhadap anak-anak. Walaubagimanapun, mana-mana agama tidak melarang dan mengajar penganutnya
kearah yang baik dengan nawaitu yang baik.
SELAMAT HARI IBU
12 MEI 2013
DARI KAMI
KOMUNITIRADIO AMATUR KEPALA BATAS
Warisan-Jasa Bonda
Ucapan Hari Ibu
Tidak ada sutera yang begitu lembut seperti belaian seorang ibu,
Tidak ada Tempat yang paling nyaman selain pangkuan seorang ibu,
Tak ada bunga yang lebih cantik selain senyummu,
Tak ada jalan yang begitu berbunga-bunga seperti yang dicetak dengan langkah kakimu.
Kau adalah alasan kenapa aku ada.
Ibu, kau telah melihat aku tertawa
Kau juga pernah melihat aku menangis
Dan kau selalu ada di sana bersamaku
Aku mungkin tidak selalu mengatakan hal ini
Tapi terima kasih untuk segalanya dan aku mencintaimu
Selamat Hari Ibu.