Saturday, December 27, 2014

MY BANJIR

http://mybanjir.com

Monday, November 24, 2014

Bandpass Filter UHF @ Repeater @ Group Alfa Charlie

Hobi, Keinginan Mencuba, MerekaCipta, Tiada Erti Putus Asa, Semangat Setia Kawan,
Ini Antara Sebahagian Gambar 

















Sunday, August 17, 2014

Jemputan Jamuan Raya

Tuan puan di jemput ke jamuan raya rakan hams kepala batas pada

Tarikh    :17 ogos 2014 (hari ini)
Waktu    : 8.00 malam
Tempat   : Dewan Bakar Kapor Penaga.
Calling Frenquency : 145.400mhz
Koordinat : 5°32'15.1"N 100°22'45.8"E

Thursday, July 3, 2014

ALTEL.MY

Baru-baru ini ramai orang bercakap-cakap tentang telco terbaru di Malaysia iaitu ALTEL. Dari pembacaan yang dibuat ALTEL ialah syarikat milik bumiputra iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Sapa tak kenal dengan tokoh koperat ini dan sumbangan beliau. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga dikenali sebagai Wira Dermawan.



Kesimpulan tentang Altel :


1.Altel milik melayu
2.Altel line internet dan coverage line dapat capai hingga ceruk kampung
3.Altel mempunyai 4G LTE serta pemegang terbesar 40MHz berbanding telco lain.
4. Untuk network 2G, 3G Altel menggunakan Celcom. (So liputannya amat luas seluas2x telco celcom)
5.Topup beli di Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, 6IMB, OnKing, Restoren Ali Maju.
7.Internet package ada dua, 1GB RM28, 2GB RM48
8.Altel boleh tukarkan line dan kekalkan nombor asal.
9.Tempat beli simcard Altel: www.altel.my/en/where-to-buy

Tuesday, June 17, 2014

Nasi Kandar Kepala Batas Pulau Pinang

Nasi Kandar Kepala Batas Masuk TV3 tu...

Pekan Kepala Batas di Pulau Pinang pernah digelar pekan koboi sekitar tahun 70'an kerana tiada aktiviti malam. Kini kepala batas berubah - malah semakin rancak kerana nasi kandar tepi jalan.
 

A Cup Of Tea

Bagi kita kecil, tetapi
Bagi depa besar maknanya



Monday, May 5, 2014

UHF 18 BAY FOLDED DIPOLE

hai rakan-rakan semua,

Kali kami cuba membina antenna uhf folded dipole dan menguji antenna tersebut. Bermacam-macam jenis antenna uhf ada di internet. entah mengapa antenna jenis foled dipole menjadi pilihan mungkin kerana telinganya.. hehe.
Selepas membuat tinjauan dan memahami konsep antenna ini. Kami telah membuat keputusan untuk membina 18 bay atau 18 step atau 18 telinga. hehe.. Memang sukar untuk membinanya. Segala keringat kekuatan minda digunakan untuk mengira kira pastu kira n kira agar tepat atau sepi2 tepat ukurannya.. haha.. Part paling sukar dalam membina/membuat antena uhf folded dipole ialah untuk mencatumkan kesemua telinga-telinganya..

Dibawah ini dikongsikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan rakan-rakan..








Untuk percubaan kami memancar sekitar 10 waat sahaja. dan SWR 1.2 sahaja agak terkejut kami kerana merupakan percubaan pertama. Kawasan Liputan agak luas dan penerimaan agak baik sekali. Kini antenna uhf folded dipole 18 bay ini digunakan sebagai antenna repeater uhf untuk srs atau krt. Selamat berkhidmat diucapkan kepada antenna ini.

kredit: terima kasih kepada semua rakan-rakan yang turut membantu dan bersusah payah dalam menyiapkan dan menjayakan projek kali ini. 

update: kemungkinan akan dibina satu lagi.. 

Saturday, March 22, 2014

Buat Kepala.. Mesti Tengok!! by Lufthi

Hanya berkongsi video ini......
Masa kecik-kecik dulu kita belajaq bercakap. Bila besaq kita kena belajaq diam pulak :)


 If we can't help
Let's not make it worse

Wednesday, January 1, 2014

Practical Antenna Design 2M

Assalamualaikum rakan-rakan.

Lama sudah tidak update blog ni. dah karat rasanya.

Kali hanya untuk berkongsi satu buku practical antenna edisi online yang saya jumpa di internet. Banyak juga jenis antenna yang terdapat dalam buku berformat pdf ini. Kepada rakan-rakan yang rajin membuat, menguji, mencuba antenna homebrew ni boleh lah menggunakan buku praktikal antenna ini sebagai rujukan dan penambahan ilmu kita dalam bab2x antennna.
Kepada rakan yang ingin memcuba kebolehan masing-masing dalam membina antenna sendiri boleh la download link di bawah ini...

< klik sini untuk download >
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...