KEPALA BATAS RADIO AMATEUR CLUB(KBRAC) FIELD DAY 2015
Pada 9 dan 10 November 2015, rakan-rakan KBRAC telah seramai 8 orang telah mengadakan aktiviti Field day bertempat di Puncak Titiwangsa, Gerik, Perak. Team kami telah bertolak dari Kepala Batas dengan 4 buah kereta pada pukul 4.00 petang menuju ke lokasi. Akhirnya pada pukul 8.30 malam kami telah tiba di lokasi. Mula mendirikan khemah untuk DX dan pemasangan antena yagi, dipole dan vertical antena. Menjelang pukul 11.00 aktiviti DX pun bermula dengan lancar. Propagasi tidak begitu baik, namun dapat juga QSO dengan stations luar. Cuaca agak kurang baik, Pada pukul 1.00 pagi hujan turun dengan lebatnya dan aktiviti DX terpaksa dihentikan. Keadaan lembap dan dingin, sejuk betul.
Keesokannya pada pukul 8.00 pagi team KBRAC berkemas dan pada pukul 9.00 pagi bertolak balik ke Kepala Batas. Walaupun tidak dapat DX dengan lancar tetapi semua ahli gembira dengan
pengalaman field day kali ini