Tuesday, October 5, 2010

JAMUAN RAYA KELUARGA HAM RADIO KEPALA BATAS

Hari Sabtu 2 Oktober 2010 bermula jam 9.00 malam Rakan Ham Kepala Batas telah mengadakan Jamuan Raya Keluarga Ham Kepala Batas bertempat di Villa 400,9W2WWS (Pak Man), Teluk Air Tawar, Butterworth. Sebelah petang rakan-rakan yang free datang untuk mendirikan khemah dan persiapan lampu serta peralatan lain.

Sebelah malam acara dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa yang diketuai oleh 9W2MSO. Boleh dikatakan 95% Rakan Ham Kepala Batas menghadiri jamuan ini disertai keluarga masing-masing. Pelbagai menu di sediakan- 9W2PS-taukeh laksa, 9W2MSO - rendang, 9W2WWS - sate, sosej, daging burger, 9W2ADM-minuman sirap manis, 9W2PZR - mee kuah, 9W2YSO - Ketupat, 9W2MTO - bihun goreng, 9W2RCD - taukeh dukong, 9M2ZM - agar-agar dan lain-lain lagi kuih muih yang dibawa oleh rakan-rakan.

Majlis malam itu begitu meriah sekali dengan suara riuh rendah rakan-rakan ham dengan cerita radio masing-masing serta jerit tawa anak-anak. Tanpa diduga ramai rakan-rakan ham dari luar juga datang kerana kebetulan Rakan Ham Kulim juga mengadakan majlis jamuan raya pada hari yang sama. Kereta penuh sesak di villa dan batas ban. Jem juga nak keluar. Risau tuan rumah takut tak cukup makanan. Sate, sosej, burger terpaksa ditambah. Makanan pada malam itu clear. Alhamdulillah.

Terima kasih pada semua Rakan Ham Kepala Batas yang menyumbang tenaga, wang ringgit, kuih muih serta pelbagai makanan untum majlis itu dan tidak lupa juga terima kasih banyak kepada rakan-rakan Ham dari luar yang sudi datang memeriahkan jamuan Hari Raya itu. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk Rakan-Rakan Ham semua.


PETANG SEMASA MENDIRIKAN KHEMAH


Image020


SELEPAS TAHLIL DI ATAS RAN 9W2WWS MULALAH JAMUAN

SL272208


AKTIVITI MAKAN DAH MULA


SL272209


DOK CERITA PA TU 9W2PZR NGAN 9W2EZE

SL272212


SYL DAN ANAK PINAK RAKAN HAM

SL272210


GENG PENANG DOK BEGAYA

SL272213


SYL DAN YL SAPE TU DOK SENYUM

SL272214


9W2PZR NAK AJAK SYL DIA BALIK DAH

SL272215


SUASANA MERIAH DI BAWAH KHEMAH


SL272211


9W2CSP DOK LELONG APA LEK TU ?

SL272216


PAK SU MAIL CAM MINAT AJE

SL272217


PELITA RAYA DAN KERETA RAKAN-RAKAN DOK MAI

SL272218


MOTOR SAPA LAMPU NYALA TU

SL272220


9M2SO, 9M2ZM DAN 9W2KOS DOK ATAS RAN

SL272221


DOK SEMBANG-SEMBANG SAMBIL MAKAN

SL272222


BEGITULAH MERIAHNYA JAMUAN RAYA RAKAN HAM KEPALA BATAS. SALAM 73.

Sunday, October 3, 2010

KURSUS PENERBANGAN KAPALTERBANG RINGAN

Tanggal 1 Oktober 2010 bermula jam 5.00 hingga 6.30 bertempat di Villa 400 9W2WWS telah diadakan kursus penerbangan kapalterbang ringan (remote control) anjuran Rakan Ham Kepala Batas. Seramai 15 orang rakan ham Kepala Batas yang berminat dengan hobi ini telah menyertai kursus ini. Kursus dijalankan oleh jurulatih penerbangan yang berpengalaman iaitu 9M2ZM (Pak Zul)yang mempunyai pengalaman penerbangan lebih dari 1000 jam.
Kursus dimulakan dengan sesi penerangan berkaitan tenikal kapalterbang, cara pengendalian dan pembelian pesawat baru. Selepas itu para peserta disajikan dengan aksi praktikal yang begitu menarik dengan aksi akrobatik, berpusing-pusing yang ditunjukkan oleh Pak Zul. Semua peserta begitu teruja dengan kehandalan Pak Zul mengawal jet pejuangnya.
Namun malang tidak berbau, akibat masalah teknikal pesawat hilang kawalan akibat kerosakan radio kawalan, lantas jatuh terhempas ke dalam sawah padi. Pilot terselamat kerana pilot dok di darat, kapalterbang di awan.
Di Akhir kursus semua peserta di anugerahi sayap penerbangan kapalterbang kawalan jauh.


Bergambar di akhir kursus


Demontrasi

Teruja menonton aksi


Teruja menonton aksi


Jet Pejuang


9W2 RCD, 9W2ADM, 9M2ZM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...