Wednesday, February 2, 2011

Pepijat : 900 juta pengguna Internet Explorer terjejas

WASHINGTON 1 Feb. - Microsoft mengeluarkan amaran keselamatan 'kritikal' yang menjejaskan 900 juta pengguna yang melayari Internet menggunakan pelayar webnya, Internet Explorer.

Amaran itu dikeluarkan syarikat komputer gergasi berkenaan selepas ia menemui kecacatan baru pada Windows yang membolehkan penggodam mencuri butiran peribadi atau mengambil alih pengendalian komputer.

Gangguan pada sistem pengatur cara itu sangat serius dan berpotensi menjejaskan setiap pengguna Internet Explorer.

Firefox, Google Chrome dan Safari tidak terjejas dengan ancaman itu kerana tidak seperti Internet Explorer, pelayar itu tidak menyokong fail-fail MHTML yang menjadi punca masalah tersebut.

Kelemahan itu nampaknya hanya menjejaskan cara Internet Explorer mengendalikan beberapa laman web.

Microsoft berkata, pepijat tersebut berada di dalam Windows kerana ia kemungkinan tidak mahu pengguna beralih kepada pelayar lain.

Ini bermakna ia menjejaskan semua versi sistem operasi yang disokong pada masa ini termasuk Windows XP (SP3), Windows Vista, Windows 7, Windows Server 2003 dan Windows Server 2008 (R2).

Syarikat itu setakat ini tidak dapat menghapuskan pepijat itu dan telah mengeluarkan kod keselamatan 'memperbaiki' untuk menghalang sebarang percubaan untuk menggunakannya.

Semua pengguna Windows, terutamanya yang menggunakan Internet Explorer digesa memuat turun kod perintah itu kerana pasukan keselamatan syarikat itu sedang berusaha menangani masalah tersebut buat secara kekal.

Syarikat itu juga menyifatkan kecacatan itu sebagai satu ancaman yang serius, walaupun tiada penggodam setakat ini yang mengeksploitasi kelemahan tersebut. - AGENSI

credit : utusan.com.my

Saturday, January 29, 2011

Turki siar filem serangan komando Israel

ISTANBUL: "Anda tidak patut bunuh warga Turki dengan bebasnya tanpa hukuman" - demikian mesej kepada Israel dalam filem mengenai serangan komando Israel terhadap kapal misi bantuan ke Gaza, tahun lalu yang mula ditayangkan di pawagam negara itu hari ini.

Film bertajuk “Valley of the Wolves: Palestine” yang turut ditayangkan di seluruh Eropah serta lebih 20 negara di Asia Barat - dijangka akan menjadi filem 'blockbuster' di kalangan penonton di Turki dan penduduk Arab.

“Pergi dan tayangkan kepada dunia apakah yang sebenar mengenai negara Israel," kata seorang pegawai Israel, Moshe Ben-Eliezer — yang dilakonkan sebagai watak jahat dalam filem itu apabila dia mengarahkan serangan ke atas kapal Mavi Marmara.
Dalam insiden serangan 31 Mei tahun lalu ke atas kapal Turki itu, sembilan sukarelawan Turki terbunuh sehingga membawa kepada pergeseran hubungan Turki-Israel sehingga hari ini.

Dalam filem itu, aksi pembunuhan di atas kapal Mavi Marmara disiarkan diikuti agen rahsia Turki, Polat Alemdar muncul untuk membawa tugas membunuh Moshe.

Kemudian, Polat yang menjadi hero Turki itu memasuki Israel dan menamatkan misi tembak menembak selama 110 minit yang dilakukan Israel terhadap penduduk tidak berdosa Palestin, termasuk kematian seorang budak lumpuh yang terkena cebisan bangunan selepas rumahnya dimusnahkan.

Seorang wanita cantik Yahudi keturunan Amerika juga terbabit dalam misi Polat itu yang digambarkan menyokong Palestin.
Filem itu menerbitkan kritikan sebelum ia disiarkan lagi dan penerbitnya dituduh cuba memuncakkan lagi ketegangan antara dua negara serta mencetuskan keganasan.

Di Jerman, filem itu dijadual ditayangkan Khamis depan sempena Hari Peringatan Holocaust, awalnya dilarang dan diharamkan untuk penonton bawah 18 tahun.

Pelakon Necati Sasmaz, yang membawa watak Polat Alemdar bagaimanapun berkata: "Kami tidak mempunyai masalah dengan setiap warga negara. Tiada unsur antiSematik di sini (dalam filem itu)." - AFP



credit to : http://www.bharian.com.my/

Google Buka Pejabat Di Malaysia

Setelah sekian lama, akhirnya, kini Google membuka pejabat mereka secara rasminya di Kuala Lumpur. Ianya juga dijangka yang mana penyertaan Google pada industri tempatan mungkin akan menggalakkan perniagaan tempatan untuk menggunaakan platform internet dan memperkembangkan perniagaan mereka diperingkat antarabangsa.


Gambar GASING ada kat perkataan GOOGLE huhu..

refer lean2 : http://www.france24.com/en/20110126-google-opens-malaysia-office

credit to: amanz.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...