Ibu kepada rakan kepala batas hams radio iaitu Pak Man ( HCR ) telah pulang ke rahmatullah pada 24 MEI 2009. Takziah kami hulurkan kepada keluarga Allahyarhamah. Kami semua turut berasa sedih di atas pemergian Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Hari SABTU MALAM AHAD diistiharkan malam eyeball hams radio kepala batas freq 145.400mhz. Kepada Rakan2 Hams nak join boleh la CQ! CQ! di 145.400mhz ya!...
Apa itu Echolink? Echolink sejenis program yang membenarkan pengendali radio amatur berlesen serata dunia untuk berkomunikasi melalui internet atau Voip (voice melalui ip (internet protokol) ). Program echolink ini membenarkan pengendali radio amatur yang berlesen serata dunia untuk berhubung sesama pengendali radio melalui komputer. Sekarang terdapat hampir 200 000 pengendali radio dari 162 negara yang telah disahkan untuk mempergunakan echolink. Hampir 4000 pengendali online setiap masa.
Dengan menggunakan echolink seseorang pengendali di malaysia dapat berkomunikasi dengan pengendali radio amatur yang lain di luar negara ataupun dalam negara tanpa perlu memiliki radas amatur yang mahal harganya dan hanya apa perlu sebuah komputer dan sambungan internet.
contoh cara echolink berkerja
contoh program echolink
kepada rakan2 hams yang berminat boleh la dapat tunjuk ajar dari rakan2 hams yang lain tau layari website echolink di http://www.echolink.org/