Thursday, November 11, 2010
PAMERAN RADIO AMATUR SEMPENA HARI KANTIN SK PERMATANG BERTAM, KEPALA BATAS
Tuesday, October 26, 2010
Sunday, October 17, 2010
Info dari Astra Penang
Monday, October 11, 2010
Tuesday, October 5, 2010
JAMUAN RAYA KELUARGA HAM RADIO KEPALA BATAS
Sebelah malam acara dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa yang diketuai oleh 9W2MSO. Boleh dikatakan 95% Rakan Ham Kepala Batas menghadiri jamuan ini disertai keluarga masing-masing. Pelbagai menu di sediakan- 9W2PS-taukeh laksa, 9W2MSO - rendang, 9W2WWS - sate, sosej, daging burger, 9W2ADM-minuman sirap manis, 9W2PZR - mee kuah, 9W2YSO - Ketupat, 9W2MTO - bihun goreng, 9W2RCD - taukeh dukong, 9M2ZM - agar-agar dan lain-lain lagi kuih muih yang dibawa oleh rakan-rakan.
Majlis malam itu begitu meriah sekali dengan suara riuh rendah rakan-rakan ham dengan cerita radio masing-masing serta jerit tawa anak-anak. Tanpa diduga ramai rakan-rakan ham dari luar juga datang kerana kebetulan Rakan Ham Kulim juga mengadakan majlis jamuan raya pada hari yang sama. Kereta penuh sesak di villa dan batas ban. Jem juga nak keluar. Risau tuan rumah takut tak cukup makanan. Sate, sosej, burger terpaksa ditambah. Makanan pada malam itu clear. Alhamdulillah.
Terima kasih pada semua Rakan Ham Kepala Batas yang menyumbang tenaga, wang ringgit, kuih muih serta pelbagai makanan untum majlis itu dan tidak lupa juga terima kasih banyak kepada rakan-rakan Ham dari luar yang sudi datang memeriahkan jamuan Hari Raya itu. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk Rakan-Rakan Ham semua.
PETANG SEMASA MENDIRIKAN KHEMAH
BEGITULAH MERIAHNYA JAMUAN RAYA RAKAN HAM KEPALA BATAS. SALAM 73.
Sunday, October 3, 2010
KURSUS PENERBANGAN KAPALTERBANG RINGAN
Kursus dimulakan dengan sesi penerangan berkaitan tenikal kapalterbang, cara pengendalian dan pembelian pesawat baru. Selepas itu para peserta disajikan dengan aksi praktikal yang begitu menarik dengan aksi akrobatik, berpusing-pusing yang ditunjukkan oleh Pak Zul. Semua peserta begitu teruja dengan kehandalan Pak Zul mengawal jet pejuangnya.
Namun malang tidak berbau, akibat masalah teknikal pesawat hilang kawalan akibat kerosakan radio kawalan, lantas jatuh terhempas ke dalam sawah padi. Pilot terselamat kerana pilot dok di darat, kapalterbang di awan.
Di Akhir kursus semua peserta di anugerahi sayap penerbangan kapalterbang kawalan jauh.





Tuesday, September 21, 2010
Monday, September 20, 2010
Friday, September 10, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

KEPADA SEMUA RAKAN2 HAMS
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
DAN
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI KAMI
KOMUNITI KEPALA BATAS HAMS RADIO 145.400MHZ
Saturday, August 28, 2010
TAKZIAH KELUARGA 9W2AY
Pak Yop 9W2AY diantara 21 Orang ahli kehormat telah kembali ke rahmatullah pada 12.01am di hospital jitra, jenazah beliau akan dikebumikan di KG KADAI, MUKIM TAJAR, ALOR SETAR PADA JAM 11PAGI HARI INI.
Tarikh :28 OGOS 2010
Al-FATIHAH UNTUK ARWAH PAK YOP 9W2AY
Sunday, August 8, 2010
Monday, July 19, 2010
HAMFEST MALAYSIA 2010

HAMFEST MALAYSIA 2010
HAMFEST MALAYSIA 2010
1. Hamfest Malaysia 2010 akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 July dan 1 August 2010. Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orangramai berkenaan dengan konsep pengunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.
2. Festival ini akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.
3. Sesi penerangan daripada agensi-agensi kerajaan akan diatur untuk memberi penerangan lanjut kepada pengunjung-pengunjung mengenai peraturan-peraturan pengunaan Radio Amatur di Malaysia.
Sesi penerangan oleh Syarikat pengeluar sistem Radio Dua-hala seperti Yaesu, Kenwood dan juga Icom akan turut dilangsungkan.
4. Pameran pengunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti PDRM, JPAM, BOMBA, ATM dan juga SMART akan turut diadakan di Tapak Perkemahaan berdekataan dengan lokasi utama pameran.
5. Aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung adalah seperti berikut:
a. Aktiviti Skill-Stations – Pengenalan kepada Radio Komunikasi, Berkomunikasi di frekunsi VHF dan HF. Menaikan antenna diapole HF, Mempelajari teknik navigasi dan bacaan peta.
b. Fox Hunting – Mencari lokasi pemancar beacon dengan menggunakan teknik pencarian melalui Radio Dua-Hala.
c. Distance Contact Contest (DX COntest) – Mendapatkan contact rakan-rakan Amatur di seluruh dunia.
6. Hamfest Malaysia 2010 juga dibuka kepada orangramai dan murid-murid sekolah. Kerjasama dengan Kementerian Pelajaran akan dilakukan untuk membolehkan ianya dihadiri oleh murid-murid semasa waktu persekolahan.
7. Maklumat lanjut:
Lokasi : Tapak Menara Kuala Lumpur
Tarikh : 30-31 Julai dan 1 August 2010
Laman web : http://www.hamfest.my/
Penganjur : 9W2GOD - Azli Paat (0193398905 – azlipaat@gmail.com)
Penasihat : 9M2YRS - (Pak Yob) ABD RASID AHMAD SIDEK
: 9M2NM - Nordin Abu Mangsor - 0129455180
: 9M2RS - Hj. Rashid Sultan - 0193362595
9W2OOS - Sallehudin Hashim (0162188393)
9WJQQ - Pak Razif (0176517800)
9W2SFU - (SIFU) Amiruddin Fansari (0173019123)
9W2LST - Azle (0126649857)
9W2BCT - Aswadi (0163111528)
9W2NZS - Nazri (0173312017)
Tuesday, July 6, 2010
BEACH eYeBall PENANG 2010
BEACH eYeBall PENANG 2010.
Anjuran: Pakatan Rakan-rakan HAM Wilayah Utara
Tempat: RnR Lingkaran Luar, Bagan Ajam Butterworth, P.P.
Tarikh:10 Julai 2010
Penyertaan: Sumbangan RM10.00 sahaja dan tambahan rm10 untuk yang datang bekerluarga.
Makanan: BBQ dan makanan sampingan lain di sediakan.
Sumbangan boleh diajukan kepada:-
(KAWASAN TENGAH: 9W2LMZ,9W2MTO),
(KAWASAN SELATAN: 9W2MSD,9W2PDR)
(KULIM: 9W2DGW)
(PERLIS: 9W2KRE)
(KAWASAN UTARA: 9W2MSO, 9W2EZE)
(Alor Setar: 9w2usf)
(Sg. Petani: 9w2cre, 9w2doz)
sebarang pertanyaan sila hubungi 9w2eze 012-5468873
Tarikh tutup pungutan sumbangan pada 03 Julai 2010 Rakan2 tak kira dimana ygg ada masa kelapangan dijemput hadir
Thursday, June 24, 2010
Voltage Regulator
Barang utk satu set..
Voltage Regulator
12 Volt to 7.8Volt
Q1= 7808
C1-C2=220uF 16Volt
D1=IN4001
Heatsink
sori xcantek.. hehe
Inilah rupanya selepas pembinaan
sebelah kiri input 12 Volt dari bekalan kuasa
sebelah kanan output 7.8Volt
*IN4001 ialah diode*
*C1 ialah capasistor*
*7.8Volt disebabkan oleh diode dia akan kurangkan 0.2Volt*
*so dapat la 7.8Volt sesuai utk digunakan utk handy yg bateri da k.o!*
*kalau nk guna utk handy sekurang2nya mau ada 3biji 7808 yg di selari kan*
*Ic 7808 sebiji leh tarik 1A jer*
~sharing is caring~



































