Tuesday, November 16, 2010

Hari Raya Aidiladha

Salam rakan2 sekalian...




Selamat Hari Raya Aidiladha

Rabu, 17hb November 2010
bersamaan
10 Zulhijjah 1431


info sikit...

Hari Raya Aidiladha (bahasa arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri . Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam.10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


sekian.. 73'

9W2MSO

Salam rakan2...

Ni nak bagitau penghulu kita 9W2MSO iaitu Cikgu kita dah ada BLOG..

meh kita pakat2 pi lawat blog dia : http://9w2mso.blogspot.com/

itu ja..

73...

Thursday, November 11, 2010

SET RADIO HF - YAESU FT897D



Bagi rakan-rakan 9WHISKEY (9W) yang ingin mencuba keseronokan berkomunikasi di HF bolehlah berjinak-jinak di 10meter. Kalau dah cuba baru tau keseoronokkannya. Namun kenalah keluar belanja lebih sikit sebab harga radio pun lebih sikit. Selamat mencuba. Tak kenal maka tak cinta, Gile punya ... ha ha ha.

PAMERAN RADIO AMATUR SEMPENA HARI KANTIN SK PERMATANG BERTAM, KEPALA BATAS

Pada hari Sabtu 6 November Rakan Ham's Kepala Batas telah dijemput oleh PIBG SK Permatang Bertam Kepala Batas untuk mengadakan pameran Radio Amatur sempena Hari Kantin sekolah tersebut. Rakan-rakan Ham's Kepala Batas yang membantu adalah 9M2SO, 9W2ZT, 9W2MSO, 9W2YSO, 9W2EMM dan 9W2BEJ. Berikut adalah gambar-gambar sekitar aktiviti tersebut yang dirasmikan oleh Datuk Ahmad bin Darus mewakili YB Hajjah Zabariah ADUN Bertam yang tidak dapat hadir.















Tuesday, October 26, 2010

HAM'S RADIO KEPALA BATAS

T-SHIRT HAM'S RADIO KEPALA BATAS



LOGO HAM'S RADIO KEPALA BATAS

CrossBand UHF/VHF

Sunday, October 17, 2010

Info dari Astra Penang


Kepada Rakan2 Ham Penang... terutamanya V32,V34 & V60 dijemput hadir ke majlis eyeball Pada 23/10/10, jam 9.00mlm, di Dewan KRT Taman Sri Delima JURU.

Monday, October 11, 2010

RAKAN-RAKAN HAM'S KEPALA BATAS




ANTENA DUALBANDS SUPER COLLINEAR BASE 9W2WWS (PAK MAN)

Tuesday, October 5, 2010

JAMUAN RAYA KELUARGA HAM RADIO KEPALA BATAS

Hari Sabtu 2 Oktober 2010 bermula jam 9.00 malam Rakan Ham Kepala Batas telah mengadakan Jamuan Raya Keluarga Ham Kepala Batas bertempat di Villa 400,9W2WWS (Pak Man), Teluk Air Tawar, Butterworth. Sebelah petang rakan-rakan yang free datang untuk mendirikan khemah dan persiapan lampu serta peralatan lain.

Sebelah malam acara dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa yang diketuai oleh 9W2MSO. Boleh dikatakan 95% Rakan Ham Kepala Batas menghadiri jamuan ini disertai keluarga masing-masing. Pelbagai menu di sediakan- 9W2PS-taukeh laksa, 9W2MSO - rendang, 9W2WWS - sate, sosej, daging burger, 9W2ADM-minuman sirap manis, 9W2PZR - mee kuah, 9W2YSO - Ketupat, 9W2MTO - bihun goreng, 9W2RCD - taukeh dukong, 9M2ZM - agar-agar dan lain-lain lagi kuih muih yang dibawa oleh rakan-rakan.

Majlis malam itu begitu meriah sekali dengan suara riuh rendah rakan-rakan ham dengan cerita radio masing-masing serta jerit tawa anak-anak. Tanpa diduga ramai rakan-rakan ham dari luar juga datang kerana kebetulan Rakan Ham Kulim juga mengadakan majlis jamuan raya pada hari yang sama. Kereta penuh sesak di villa dan batas ban. Jem juga nak keluar. Risau tuan rumah takut tak cukup makanan. Sate, sosej, burger terpaksa ditambah. Makanan pada malam itu clear. Alhamdulillah.

Terima kasih pada semua Rakan Ham Kepala Batas yang menyumbang tenaga, wang ringgit, kuih muih serta pelbagai makanan untum majlis itu dan tidak lupa juga terima kasih banyak kepada rakan-rakan Ham dari luar yang sudi datang memeriahkan jamuan Hari Raya itu. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk Rakan-Rakan Ham semua.


PETANG SEMASA MENDIRIKAN KHEMAH


Image020


SELEPAS TAHLIL DI ATAS RAN 9W2WWS MULALAH JAMUAN

SL272208


AKTIVITI MAKAN DAH MULA


SL272209


DOK CERITA PA TU 9W2PZR NGAN 9W2EZE

SL272212


SYL DAN ANAK PINAK RAKAN HAM

SL272210


GENG PENANG DOK BEGAYA

SL272213


SYL DAN YL SAPE TU DOK SENYUM

SL272214


9W2PZR NAK AJAK SYL DIA BALIK DAH

SL272215


SUASANA MERIAH DI BAWAH KHEMAH


SL272211


9W2CSP DOK LELONG APA LEK TU ?

SL272216


PAK SU MAIL CAM MINAT AJE

SL272217


PELITA RAYA DAN KERETA RAKAN-RAKAN DOK MAI

SL272218


MOTOR SAPA LAMPU NYALA TU

SL272220


9M2SO, 9M2ZM DAN 9W2KOS DOK ATAS RAN

SL272221


DOK SEMBANG-SEMBANG SAMBIL MAKAN

SL272222


BEGITULAH MERIAHNYA JAMUAN RAYA RAKAN HAM KEPALA BATAS. SALAM 73.

Sunday, October 3, 2010

KURSUS PENERBANGAN KAPALTERBANG RINGAN

Tanggal 1 Oktober 2010 bermula jam 5.00 hingga 6.30 bertempat di Villa 400 9W2WWS telah diadakan kursus penerbangan kapalterbang ringan (remote control) anjuran Rakan Ham Kepala Batas. Seramai 15 orang rakan ham Kepala Batas yang berminat dengan hobi ini telah menyertai kursus ini. Kursus dijalankan oleh jurulatih penerbangan yang berpengalaman iaitu 9M2ZM (Pak Zul)yang mempunyai pengalaman penerbangan lebih dari 1000 jam.
Kursus dimulakan dengan sesi penerangan berkaitan tenikal kapalterbang, cara pengendalian dan pembelian pesawat baru. Selepas itu para peserta disajikan dengan aksi praktikal yang begitu menarik dengan aksi akrobatik, berpusing-pusing yang ditunjukkan oleh Pak Zul. Semua peserta begitu teruja dengan kehandalan Pak Zul mengawal jet pejuangnya.
Namun malang tidak berbau, akibat masalah teknikal pesawat hilang kawalan akibat kerosakan radio kawalan, lantas jatuh terhempas ke dalam sawah padi. Pilot terselamat kerana pilot dok di darat, kapalterbang di awan.
Di Akhir kursus semua peserta di anugerahi sayap penerbangan kapalterbang kawalan jauh.


Bergambar di akhir kursus


Demontrasi

Teruja menonton aksi


Teruja menonton aksi


Jet Pejuang


9W2 RCD, 9W2ADM, 9M2ZM

Monday, September 20, 2010

HARI KELUARGA DI AMPANGAN BERIS

Kenangan bersama rakan-rakan hams kedah semasa hari keluarga di Empangan Beris


SL270091

9W2ZAJ bersama 9W2TB

SL270092

Villa mewah tepi tasik Empangan Beris buat santapan jiwa di malam yang dingin

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


KEPADA SEMUA RAKAN2 HAMS

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

DAN

MAAF ZAHIR DAN BATIN

DARI KAMI

KOMUNITI KEPALA BATAS HAMS RADIO 145.400MHZ

Untuk Lagu Raya klik sini >> Lagu Raya <<

Saturday, August 28, 2010

TAKZIAH KELUARGA 9W2AY

Salam..

Pak Yop 9W2AY diantara 21 Orang ahli kehormat telah kembali ke rahmatullah pada 12.01am di hospital jitra, jenazah beliau akan dikebumikan di KG KADAI, MUKIM TAJAR, ALOR SETAR PADA JAM 11PAGI HARI INI.

Tarikh :28 OGOS 2010

Al-FATIHAH UNTUK ARWAH PAK YOP 9W2AY

Monday, July 19, 2010

HAMFEST MALAYSIA 2010


HAMFEST MALAYSIA 2010


HAMFEST MALAYSIA 2010

1. Hamfest Malaysia 2010 akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 July dan 1 August 2010. Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orangramai berkenaan dengan konsep pengunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.

2. Festival ini akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.

3. Sesi penerangan daripada agensi-agensi kerajaan akan diatur untuk memberi penerangan lanjut kepada pengunjung-pengunjung mengenai peraturan-peraturan pengunaan Radio Amatur di Malaysia.

Sesi penerangan oleh Syarikat pengeluar sistem Radio Dua-hala seperti Yaesu, Kenwood dan juga Icom akan turut dilangsungkan.

4. Pameran pengunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti PDRM, JPAM, BOMBA, ATM dan juga SMART akan turut diadakan di Tapak Perkemahaan berdekataan dengan lokasi utama pameran.

5. Aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung adalah seperti berikut:

a. Aktiviti Skill-Stations – Pengenalan kepada Radio Komunikasi, Berkomunikasi di frekunsi VHF dan HF. Menaikan antenna diapole HF, Mempelajari teknik navigasi dan bacaan peta.

b. Fox Hunting – Mencari lokasi pemancar beacon dengan menggunakan teknik pencarian melalui Radio Dua-Hala.

c. Distance Contact Contest (DX COntest) – Mendapatkan contact rakan-rakan Amatur di seluruh dunia.

6. Hamfest Malaysia 2010 juga dibuka kepada orangramai dan murid-murid sekolah. Kerjasama dengan Kementerian Pelajaran akan dilakukan untuk membolehkan ianya dihadiri oleh murid-murid semasa waktu persekolahan.

7. Maklumat lanjut:

Lokasi : Tapak Menara Kuala Lumpur

Tarikh : 30-31 Julai dan 1 August 2010

Laman web : http://www.hamfest.my/

Penganjur : 9W2GOD - Azli Paat (0193398905 – azlipaat@gmail.com)

Penasihat : 9M2YRS - (Pak Yob) ABD RASID AHMAD SIDEK
: 9M2NM - Nordin Abu Mangsor - 0129455180
: 9M2RS - Hj. Rashid Sultan - 0193362595

Urusetia : 9W2XLT - LT. (B) Khairul Annuar ( 014 2256729 )
9W2OOS - Sallehudin Hashim (0162188393)
9WJQQ - Pak Razif (0176517800)
9W2SFU - (SIFU) Amiruddin Fansari (0173019123)
9W2LST - Azle (0126649857)
9W2BCT - Aswadi (0163111528)
9W2NZS - Nazri (0173312017)

Tuesday, July 6, 2010

BEACH eYeBall PENANG 2010

.....Jemputan buat semua bagi semua rakan ham , jangan lupa pada 10 Julai 2010

BEACH eYeBall PENANG 2010.

Anjuran: Pakatan Rakan-rakan HAM Wilayah Utara
Tempat: RnR Lingkaran Luar, Bagan Ajam Butterworth, P.P.
Tarikh:10 Julai 2010
Penyertaan: Sumbangan RM10.00 sahaja dan tambahan rm10 untuk yang datang bekerluarga.
Makanan: BBQ dan makanan sampingan lain di sediakan.
Sumbangan boleh diajukan kepada:-
(KAWASAN TENGAH: 9W2LMZ,9W2MTO),
(KAWASAN SELATAN: 9W2MSD,9W2PDR)
(KULIM: 9W2DGW)
(PERLIS: 9W2KRE)
(KAWASAN UTARA: 9W2MSO, 9W2EZE)
(Alor Setar: 9w2usf)
(Sg. Petani: 9w2cre, 9w2doz)
sebarang pertanyaan sila hubungi 9w2eze 012-5468873
Tarikh tutup pungutan sumbangan pada 03 Julai 2010 Rakan2 tak kira dimana ygg ada masa kelapangan dijemput hadir

Thursday, June 24, 2010

Voltage Regulator

Tujuan benda ini dibuat adalah untuk digunakan utk handy.

Barang utk satu set..

Voltage Regulator
12 Volt to 7.8Volt
Q1= 7808
C1-C2=220uF 16Volt
D1=IN4001
Heatsink

Ni dia circuit diagram
sori xcantek.. hehe



Inilah rupanya selepas pembinaan



sebelah kiri input 12 Volt dari bekalan kuasa
sebelah kanan output 7.8Volt



*Ic 7808 ialah Voltage Regulator 8 Volt*
*IN4001 ialah diode*
*C1 ialah capasistor*
*7.8Volt disebabkan oleh diode dia akan kurangkan 0.2Volt*
*so dapat la 7.8Volt sesuai utk digunakan utk handy yg bateri da k.o!*
*kalau nk guna utk handy sekurang2nya mau ada 3biji 7808 yg di selari kan*
*Ic 7808 sebiji leh tarik 1A jer*

~sharing is caring~

73'


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...