Tuesday, June 9, 2009

Berita

Curi walkie talkie, dihukum penjara

KUALA LUMPUR 8 Jun - Gara-gara mencuri dua buah walkie-talkie milik pengawal keselamatan dengan tujuan ‘suka-suka’, seorang pembantu kedai makan dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

“Saya lihat tiada orang di situ, jadi saya ambillah,” jawab Lian Kian Hui dengan bersahaja ketika disoal oleh Majistret Aina Azahra Arifin mengenai tujuannya mencuri peralatan berkenaan.

Alasan lelaki itu bagaimanapun ditempelak oleh majistret yang menyatakan bahawa dia tidak boleh mencuri sesuka hati dan perlu memikir kesannya sebelum membuat sesuatu perkara.

sumber : Utusan Malaysia ( berita dalam negeri) 09/06/2009

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...