Film bertajuk “Valley of the Wolves: Palestine” yang turut ditayangkan di seluruh Eropah serta lebih 20 negara di Asia Barat - dijangka akan menjadi filem 'blockbuster' di kalangan penonton di Turki dan penduduk Arab.
“Pergi dan tayangkan kepada dunia apakah yang sebenar mengenai negara Israel," kata seorang pegawai Israel, Moshe Ben-Eliezer — yang dilakonkan sebagai watak jahat dalam filem itu apabila dia mengarahkan serangan ke atas kapal Mavi Marmara.
Dalam filem itu, aksi pembunuhan di atas kapal Mavi Marmara disiarkan diikuti agen rahsia Turki, Polat Alemdar muncul untuk membawa tugas membunuh Moshe.
Kemudian, Polat yang menjadi hero Turki itu memasuki Israel dan menamatkan misi tembak menembak selama 110 minit yang dilakukan Israel terhadap penduduk tidak berdosa Palestin, termasuk kematian seorang budak lumpuh yang terkena cebisan bangunan selepas rumahnya dimusnahkan.
Seorang wanita cantik Yahudi keturunan Amerika juga terbabit dalam misi Polat itu yang digambarkan menyokong Palestin.
Filem itu menerbitkan kritikan sebelum ia disiarkan lagi dan penerbitnya dituduh cuba memuncakkan lagi ketegangan antara dua negara serta mencetuskan keganasan.
Di Jerman, filem itu dijadual ditayangkan Khamis depan sempena Hari Peringatan Holocaust, awalnya dilarang dan diharamkan untuk penonton bawah 18 tahun.
Pelakon Necati Sasmaz, yang membawa watak Polat Alemdar bagaimanapun berkata: "Kami tidak mempunyai masalah dengan setiap warga negara. Tiada unsur antiSematik di sini (dalam filem itu)." - AFP
credit to : http://www.bharian.com.my/